aku keterlaluan PARANOID.
tolongkan pimpin aku Tuhan.
Buat satu pengakuan tentang perangai dan sifat buruk yang ada dalam diri aku. Semua orang pun mesti ada perangai busuk masing-masing kan? Tipulah kalau ada yang tak mengaku takda langsung perangai buruk. Korek hidung secara kerap pun termasuk dalam kategori perangai tak sopan ya ?
Aku ni sebenarnya menderita penyakit paranoid yang terlampau. Kalau ada yang macam tak berapa nak pasti pekejadahnya paranoid ni, menurut kamus yang aku baca paranoid bermaksud perasaan tidak percaya/buruk sangka yang ekstrim terhadap orang lain. Dan dikatakan juga, paranoid yang terlalu ekstrim sebenarnya adalah sejenis penyakit psikotik atau mental disorder. Cis keji sungguh bunyi nya! Perasaan paranoid aku ni pun tak teraplikasi kat semua orang. Orang-orang tertentu ja yang akan terkena tempias penyakit gila aku ni.
Manusia yang paling terseksa menanggung nahas paranoid aku ialah bf aku. Aku selalu ja macam syak wasangka dengan tindak tanduk dia. Kadang-kadang aku jadi super annoying dan tanya soalan macam-macam semata-mata nak puaskan perasaan paranoid aku. Kesian pun ada jugak aku tengok kat bf aku, tapi syukur lah aku dapat bf yang penyabar. Hope so sampai bila-bila kan ?
Kdg-kdg aku fikirkan yg aku normal atau tak ? Sebab aku overdose sudah. Ya Tuhan. Tlg aku cari jln keluar. Sbb aku naik muak utk Googling ! Setakat ini dahulu.
0 comments:
Post a Comment